Monday, February 13, 2012

Al- Fatihah to My dear Tok Mak.....

Alhamdulillah, arwah Tok Mak selamat dikebumikan..Dan buat kali terakhirnya, aku dapat menatap wajah Tok Mak sebelum arwah dikebumikan dan aku juga berkesempatan mencium arwah..Licin kulit arwah, rasa sejuk saje. Dalam dada menyimpan seribu kenangan kami sekeluarga bersama Arwah.Ketika dia sakit, kami xjemu2 berkunjung ke kg melihat keadaan arwah...Namun semua nya telah ditentukan Oleh Nya Yang Maha Kuasa...Kami Reda atas ketentuaan Nya...masih tergiang-giang kali terakhir die memanggil aku....Sob..Sob...

Keadaan arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, kami semua telah pun bersiap sedia.Keadaan arwah yang tidak menentu, nafasnya yang xstabil ditambah lagi dengan kata2 doc yang arwah hanya mampu bertahan dlm tempoh 36 jam membuatkan kami semua menyiapkan diri atas segala ape jua kemungkinan. Namun, kami xpernah menyangka hari yang arwah menunjukkan tindak balas positif akhirnya itula tanda2 akhirnya arwah bersama kami...Ruangan hospital penuh dengan sanak saudara yang hadir, xlupe yang sedekah kan Surah Yassin buat arwah dan ada juga yang sedih melihat arwah.......

Hari ini merupakan malam kedua kenduri Tahlil diadakan. Ada semlm lagi untuk kenduri Tahlil sebelum kami berangkat semula ke KL untuk menyambung tugasan masing2....Ternyata, kerjasama ahli keluarga sangat lah baik..Dan kelihatan semua pun penat disebabkan kekurangan masa untuk berehat. Tidur pun hanya beberapa jam sahaja...Namun itu semua kami harungi dengan penuh kesabaran dan penghormatan pd insan yang kami semua sayangi......

Sedekah kan Al- Fatihah buat arwah Tok Mak.Moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....Kenangan bersama nya xkan pernah padam dlm ingatan kami sekeluarga....Al- Fatihah.......


                                                                 Sentiasa Merinduimu.......

Monday, February 6, 2012

Work, Work And Work

Today is not holiday for me since kena keje but tomorrow i will be off...Taipussam....wohuuuu...~Jelos hubby cuti sampai 4 hari.xpe2, die janji nk kemas umah and wat ape yang patut...for excercise katanya..waaa!~

Nothing much to update....In fact now more focus on study which i plan nk ambik this coming May...There's 3 papers more to go. And hopefully boleh habis this year..InsyaAllah.....

Mood for Today: Mild2 aje.Mengapa?? Sebab masih lagi dlm mood cuti..Trying to find something yang boleh menaikkan mood.Apekah??

Nak cari hadiah la untuk my dad yang hari kelahiran nya jatuh next week 11/2/2012......Genap 54 tahun abah this year...Happy Birthday in advance Abah!!......Luve u!

Thursday, January 19, 2012

Family Day ~ Kg Sawah Bahru

This coming Sunday, kami akan mengadakan Hari Keluarga Arwah Hj Tarip yang kebiasaan nya dibuat setahun sekali. Dan pertama kalinya, aku kini bergelar isteri dan membawa suami ke Hari keluarga berkenaan...Aku pernah mengimpikan keadaan ini berlaku satu mase dulu dan alhamdulillah, akhirnya tercapai jua..

Hari Keluarga ini akan dihadiri seramai 500 orang yang terdiri daripada makcik, pakcik, anak sedara yang berpangkat anak sendaradan sewaktu dengan nya..Generasi ke generasi yang kadang2 dah xingat name..Main ingat rupa aje.Hehehe..Moga Hari Keluarga tahun ini bakal menjadi sejarah buat kami yang baru bergelar pasangan suami isteri dan tradisi ini diteruskan sehingga anak cucu kami nnt.InsyaAllah.....

Tuesday, January 10, 2012

Our Wedding Picture ~ :)

To share a few captured by my photographer......Excited!!
















Credit to: Tekak Mahal Photo

Friday, December 30, 2011

Pencapaian 2011..~

Ape yang dh aku capai sepanjang 2011??Mari kita sama2 pikirkan...Mungkin bermacam2 cuma ingat xingat aje..

Sebahagian yang aku dapat kongsikan disini apa yang telah aku capai pada tahun ini:

March'11 ~ ( Pertunangan ) Bermulanya episod baru dlm hidup aku. Alhamdulillah seperti yang dirancang.

Julai' ~ ( Bonus & Increment ) Alhamdulillah, ada source untuk majlis yang bakal menjelang tiba..Bertambah simpanan dan duit belanja..

Sept'11 ~ ( Pengapit Pengantin ) Sepupu terdekat kahwin bulan ini...Congratz darl..

Oct'11 ~ ( Birthday En Tunang) Masak something untuk si DIA...hehe

Nov'11 ~ ( Pernikahan) Alhamdulilah, hari yang ditunggu2 telah pun tiba. Kini aku sudah bergelar isteri kepada En W....

Dec'11 ~ ( Honeymoon) Tidak pernah aku bayangkan....

Ini tidak termasuk kesulitan yang pernah aku lalui sepanjang tahun ini. Biarla ianya menjadi kenangan untuk aku jadikan pengajaran. Yang baik dah tentunya datang dari Yang Maha Esa yang buruk itu datang nya dari kite  sendiri...Walaupun begitu, aku cukup bersyukur dengan apa jua yang Allah tetapkan untuk aku kerna aku percaya DIA lebih mengetahui apa yang tebaik untuk umat-NYA.....Syukur pada Allah.....



~ Happy Family Eva After ~

Friday, December 23, 2011

Percutian yang membahagia kan...

Alhamdulillah, percutian kami berakhirnya dengan bahagia sekali walaupun percutian ke Pulau Tioman terpaksa dibatalkan disebabkan cuaca yang tidak menentu namun kami teruskan juga percutian kami ke Johor Bahru..Sepanjang hari kami meluangkan mase bersama melawat taman perumahan tempat aku dan keluarga menginap dahulu, seterusnya ke Danga Bay, The Zone, Stulang dan ke Tambak Johor.

Gambar??Akan aku update kemudiaan yek..

Kesihatan: kurang bertenaga sejak akhir2 ini... Xtahu kenapa..??Wink Wink....