Alhamdulillah, arwah Tok Mak selamat dikebumikan..Dan buat kali terakhirnya, aku dapat menatap wajah Tok Mak sebelum arwah dikebumikan dan aku juga berkesempatan mencium arwah..Licin kulit arwah, rasa sejuk saje. Dalam dada menyimpan seribu kenangan kami sekeluarga bersama Arwah.Ketika dia sakit, kami xjemu2 berkunjung ke kg melihat keadaan arwah...Namun semua nya telah ditentukan Oleh Nya Yang Maha Kuasa...Kami Reda atas ketentuaan Nya...masih tergiang-giang kali terakhir die memanggil aku....Sob..Sob...
Keadaan arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, kami semua telah pun bersiap sedia.Keadaan arwah yang tidak menentu, nafasnya yang xstabil ditambah lagi dengan kata2 doc yang arwah hanya mampu bertahan dlm tempoh 36 jam membuatkan kami semua menyiapkan diri atas segala ape jua kemungkinan. Namun, kami xpernah menyangka hari yang arwah menunjukkan tindak balas positif akhirnya itula tanda2 akhirnya arwah bersama kami...Ruangan hospital penuh dengan sanak saudara yang hadir, xlupe yang sedekah kan Surah Yassin buat arwah dan ada juga yang sedih melihat arwah.......
Hari ini merupakan malam kedua kenduri Tahlil diadakan. Ada semlm lagi untuk kenduri Tahlil sebelum kami berangkat semula ke KL untuk menyambung tugasan masing2....Ternyata, kerjasama ahli keluarga sangat lah baik..Dan kelihatan semua pun penat disebabkan kekurangan masa untuk berehat. Tidur pun hanya beberapa jam sahaja...Namun itu semua kami harungi dengan penuh kesabaran dan penghormatan pd insan yang kami semua sayangi......
Sedekah kan Al- Fatihah buat arwah Tok Mak.Moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....Kenangan bersama nya xkan pernah padam dlm ingatan kami sekeluarga....Al- Fatihah.......
Sentiasa Merinduimu.......
No comments:
Post a Comment