Tuesday, November 22, 2011

Hari pertama bergelar "Puan" dan Perasaan sbg Seorang "Wifey"

Alhamdulillah, Hari ini merupakan hari pertama bekerja selepas majlis perkahwinan ku..Dan kali pertama rakan2 pejabar mengelar aku dalam perkataan "Puan"....Xsangka nya...ehhe

Ape perasaan anda selepas bergelar isteri? Soalan En Suami kepada aku ketika dalam perjalanan pulang ke Kepong..Aku menjawab dengan yakinnya, perasaan sgt gembira kerna diizinkan oleh Nya mengahwini insan yang dikasihi. En Suami juga meluahkan perasaan dia tp biarlah rahsia yek kawan2...Hehe..Tp yang pasti, perkahwinan ini akan aku layari dengan sebaiknya dan moga aku diberikan keizinan oleh Allah SWT untuk menjadi isteri yang bertanggungjawab dan solehah untuk suami...InsyaAllah...

Majlis pada Sabtu yg lepas memberikan seribu perngertian buat aku apabila aku mengharungi saat2 akad nikah yang turut disulami dengan perasaan sedih dan gembira. Buat abah, sudah tentu die merasa sedih kerna setelah 28 tahun menjaga aku, akhirnya saat ini die harus melepaskan aku kepada suami yang bakal menjaga aku. sesungguhnya aku amat mengerti perasaan nya dan Along tetap sayangkan abah dan xkan pernah berubah keadaan itu......

Alhamdulilah, cuaca ketika majlis berlangsung sgt la baik dan aku sgt mengharapkan cuaca berterusan baik sehingga berakhirnya majlis dan ternyata Allah mengizinkan keadaan sedemikian berlaku. Pada mulanya keadaan agak kelam kabut tp masih lagi berjaya diatasi dengan adanya sokongan dr pihak masjid dan komuniti Taman Tasik Prima. Terima Kasih semua!!

Aku akan share beberapa keping gambar untuk tatapan semua kedua2 belah majlis selesai....InsyaAllah....

P/S: Thanks Syg...Anugerah terindah yang pernah bby dpt....Muahhhh!!

No comments:

Post a Comment