My fiance and me, we all met at first sight.Alhamdulilah, owang kte jodoh itu ditangan Allah SWT.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Kami bertemu utk kali pertama setelah si Dia dtg ke rumah pada hari raya yg lepas.Disitu la semuanya bermula.Alhamdulilah, pengenalan kami direstui dan Si Dia berusaha utk merapatkan hubungan antara kami. Sepanjang tempoh itu, Si Dia dan aku sentiasa menghubungi antara satu sama laen. Dan perhubungan itu berlanjutan sehingga pada saat Si Dia meluahkan isi hati. Yang peliknya aku memahami isi hati Si Dia walaupun hakikatnya Si Dia tidak meluahkan perkataan "Couple" seperti pasangan yg laen.Aku memberi ruang pada Si Dia dan diriku sendiri mengenali hati budi kami sehingga aku merasakan selesa berada di samping Si Dia.
Tanggal 13/11, pertama kali dalam hidupku, Si Dia membawa aku bertemu dengan keluarganya.Hati berdebar - debar dan terlalu memikirkan apakah pandangan kedua ibu bapanya terhadap aku.Mahukah mereka menerima aku??Adakah pilihan mereka jauh lebih tinggi berbanding aku??Semuanya terjawab pada saat aku bertemu mereka. Mereka jauh lebih drpd apa yang aku sangka...Alhamdulilah,Kedua ibu bapa Si Dia sangat peramah orangnya.Malah mereka sudah membuat persiapan menyambut kedatangan ku...Sangat terharu...:)
Pada 18/12, Si Dia membawa rombongan merisik bertemu kedua ibu bapa ku..Bagaikan dirancang tp hakikatnya tidak...Segala nye dibincangkan antara keluarga termasuklah pertunangan ku pada bulan March..Sebentuk cincin diberikan kepada ku sebagai tanda penerimaan.Aku memakainya seperti yang diminta...Si Dia senyum memandangku.dan aku...Sangat suka ketika itu.....:)
P/S: Xpernah merasa seperti ini sebelum ini.Tanpa dirancang.....Sesungguhnya, Allah itu Maha Kaya...
No comments:
Post a Comment